Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Guru merupakan insan yang mendidik kita samada secara formal atau tidak formal.
Semasa kita kecil dahulu ibubapa atau orang yang lebih dewasa merupakan guru kita. Kita memperoleh pengetahuan secara tidak formal melalui institusi nukleus iaitu semasa di rumah kita sendiri. Di sini wajarlah ibubapa menunjukkan qudwah hasanah atau contoh yang baik kepada anak-anak kita. Ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan kita samada sebagai seorang Muslim yang sejati atau sebagai Yahudi atau Nasrani. Betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul dan kita mestilah memberikan pendidikan yang berteraskan tauhid semasa anak-anak kita berumur selepas kelahiran hingga tujuh tahun.
Dalam peringkat umur tujuh tahun seterusnya kita haruslah mendidik anak-anak dengan peraturan yang tertentu. Seperti contoh, seawal umur tujuh tahun anak-anak kita perlu diajak bersembahyang bersama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak mesti diajak untuk bersembahyang dengan cara yang baik. Sekiranya sudah sampai kepada umur sepuluh tahun anak-anak kita masih liat nak bersembahyang maka kita bolehlah mengambil pendekatan merotan untuk mendidik. Jangan tunggu sampai mereka dah terlalu "tua" untuk bersembahyang. Guru adalah pendidik yang mesti tegas dalam melaksanakan amanah Allah.
Peringkat tujuh tahun seterusnya anak-anak harus dianggap sebagai rakan. Kita boleh mendengar cerita dan luahan hati mereka. Segala masalah yang dihadapi mereka mungkin boleh dibantu oleh guru-guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengatasinya. Guru adalah pemudahcara apabila murid-murid menghadapi masalah yang mendatang.
Di sekolah guru adalah insan yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu secara formal. Kadang-kadang secara tidak formal pun ada juga seperti memberikan nilai-nilai yang baik seperti menepati masa dan ketinggian peribadi.
Baiklah, sempena Hari Guru Ke-40 ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah banyak mencurahkan bakti mereka mendidik saya. Sesungguhnya budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Doaku semoga semua guru-guruku diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Buat guru-guru yang telah pergi menemui Khalik, doaku semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh anda sekelian dan semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.
Saturday, 14 May 2011
Wednesday, 11 May 2011
Sayangnya rambut.....
Tahniah dan syabas semua guru yang sama-sama membantuku menjalankan tugas yang diamanahkan...
Semoga murid-muridku berjaya mengekalkan disiplin mereka selama berada di institusi pengajian yang disayangi ini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)