Thursday, 29 September 2011

PMR 2011

Salam......


Selamat menduduki peperiksaan PMR untuk semua calon PMR SMKA Wataniah, Alor Keladi.....tak lupa juga buat adikku.....

Semoga Allah mudahkan urusan anda semua dan memberikan anda kejayaan yang cemerlang..... Amin...

Seminar Teknik Pengajaran Inovatif dan Efektif Ke Arah Kecemerlangan Murid untuk Guru-guru Sains

 Salam.....

          Pada 27 September 2011 lepas, saya telah berpeluang untuk mengikuti seminar yang dianjurkan oleh JPN Terengganu dengan Pearson Sdn. Bhd.

          Seminar ini dikendalikan oleh Cikgu Che Ahamad Bin Daud (Sir Mat) yang didatangkan khas dari SMV Kulim, Kedah.

          Beliau menggunakan pendekatan yang kreatif dengan menggunakan klip-klip video untuk mengajar. Ini telah membolehkannya memberikan perkongsian ilmu hingga ke luar negara seperti Indonesia dan Korea Selatan.....

Aktiviti kemahiran belajar

  1. Dapatkan 4 jam sehari
  • Kerja sekolah/ tugasan serta merta
  • Ulangkaji pelajaran harian dalam masa 12 jam
  • Persiapan esok/ baca dulu
  • Latihan tambahan sendiri (10 soalan sehari)
  • Peperiksaan mingguan
     2.   Guna otak kiri dan otak kanan
  • Otak kiri - Sains, sistematik, logik
  • Otak kanan - Kreatif, inovatif, idealis (suka pada cikgu.....suka pada subjek)

Sentiasa mahu menjadi orang yang berjaya



Tuesday, 13 September 2011

Hari Guru Peringkat SMKA Wataniah Tahun 2008


Posted by Picasa

Peperiksaan


          Sekarang ni murid tingkatan empat dan lima sedang menghadapi peperiksaan. Bahang peperiksaan terasa sekarang ni. Masing-masing sibuk dengan agenda belajar samada sendiri ataupun berkumpulan. Segala apa yang dipelajari semasa di dalam kelas cuba diluahkan dan diaplikasikan dalam dewan dan bilik peperiksaan.
          Gelagat tu macam-macam. Ibarat kata orang dalam iklan Astro...."Macam-macam ada". Ada yang steady je menulis atau mengira tapi jawapan yang diberi tu tak taulah macamana pula tapi aku yakin pelajar-pelajar sekolah aku ni hebat dan bijak belaka. Tak kurang pula yang dah tersengguk-sengguk....Mungkin sebab banyak sangat study sampai lewat malam. Janganlah macam tu sepatutnya. dalam tempat peperiksaan mana boleh tidur.... Ada juga yang kadang-kadang membetulkan urat....Lenguh duduk lama-lama....Pusing-pusing tengkuk....Panjang tengkuk.....Jeling-jeling kawan....
          Apapun wahai murid-muridku sekelian....Cikgu benar-benar barharap agar kalian semua dipermudahkan urusan menjawab soalan-soalan peperiksaan. Cikgu sentiasa mendoakan agar Allah memberikan kejayaan cemerlang buat anda semua..... Jadikanlah keadaan cuaca yang panas sekarang ini sebagai pemangkin untuk anda terus meneruskan semangat membara berjuang mendapatkan kejayaan yang cemerlang dan terbilang.
          Terima kasih buat bekas anak-anak didik 5 IBS 2010 yang membuat jamuan kesyukuran di dewan makan aspuri jam 10.00 pagi tadi. Semoga kalian meneruskan kesungguhan kalian sewaktu menuntut di universiti nanti....
Posted by Picasa