Tuesday, 26 July 2011

Surah Al-Qadr

Surah ke-97
Diturunkan di Mekah – 5 Ayat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1844)
  2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
  3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (1845)
  4. Pada Malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
  5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar

-         (1844) Lailatul-Qadar ialah Malam Kebesaran dan Kemuliaan.
-         (1845) Amal ibadat yang dikerjakan pada Malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. Oleh sebab itu ada disebutkan di dalam hadith sahih, bahawa Rasulullah s.a.w biasanya mulai dari malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan ibadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan Malam Lailatul-Qadar yang berkat itu yang berlakunya pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Sama-samalah kita melipat gandakan ibadah kita di dalam bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment