Tuesday, 15 November 2011

Selamat menempuhi peperiksaan SPM 2011 buat anak-anak muridku

Assalammualaikum,

Selamat menempuhi peperiksaan SPM khususnya untuk anak-anak pelajar di SMKAWA dan semua pelajar yang menduduki SPM 2011 di seluruh negara.

Saya begitu yakin bahawa apa sahaja ilmu yang telah disampaikan oleh guru benar-benar telah dihadam dan dicerna oleh anak-anak pelajar sekalian.

Mulakan menjawab soalan peperksaan dengan membaca Bismillah dan doa.

Perkara-perkara yang melibatkan peraturan-peraturan peperiksaan juga kena dipatuhi seperti:
  • membawa kad pengenalan
  • alat-alat tulis yang mencukupi
  • tidak membawa masuk nota-nota
  • tidak meniru dan memberi peluang meniru
  • pergi ke tandas dengan meminta izin dari pengawas peperiksaan
  • serta banyak lagi peraturan yang sepatutnya dipatuhi seperti diterangkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan
Semoga anak-anak pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Doa saya kepada Allah semoga anak-anak dapat menjawab dengan baik dan seterusnya diberikan kejayaan yang cemerlang.

Jika ada soalan yang sukar dijawab, BERSELAWATLAH ke atas Nabi s.a.w

Peperiksaan adalah ibarat peperangan dan prinsip peperangan adalah mendapatkan kemenangan dan kejayaan...

"Ya Allah, anugerahkan kepada anak-anak muridku ilham yang bermanfaat untuk menjawab peperiksaan. Mudahkan urusan mereka semasa menduduki peperiksaan dan kurniakanlah mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Amin."

No comments:

Post a Comment