Tuesday, 3 January 2012

Banjir gelombang kedua

Banjir gelombang kedua baru saja berakhir. Hujan tidak berhenti-henti pada 31 Disember 2011 telah menyebabkan banjir yang lebih besar daripada yang pertama. 

Pada awal pagi 1 Januari 2012 ramai penduduk yang berada di kawasan yang agak rendah telah dinaiki air. Pada kejadian baru-baru ini diceritakan kepada saya bahawa terdapat banyak kereta yang ditenggelami air. Air naik mendadak secara tiba-tiba. Ia naik ketika ramai yang sedang lena jenera dalam kesejukan.

Ada pula khabarnya kereta pengawal tali air yang terpaksa diikat pada pohon kelapa sawit untuk mengelakkan daripada hanyut. Keesokkan paginya kereta itu didapati berada di dalam sungai.

Kejadian hujan, banjir dan sebagainya adalah tanda kekuasaan Allah. Kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa mendekatkan diri kepadaNya di kala senang kerana kita tentunya akan memohon kepadaNya di waktu susah.

No comments:

Post a Comment