Salam Ukhwah....
Menaiki kenderaan awam ke Kuala Lumpur bersama-sama keluarga tersayang adalah suatu perkara yang dah lama tak dilakukan. Cuti sekolah ni ambillah peluang membawa anak-anak ke KL dengan pengangkutan seperti LRT.
Dulu masa kecil dulu memang selalu naik bas mini ke KL dengan abah dan adik. Masa kecil dulu bila naik bas mini yang comel tu tapi selalu keadaannya macam sardin. Barang banyak, bawa anak yang kecil tentunnya agak payah dan sukar. Alhamdulillah, pengalaman menaiki bas di KL suatu ketika dulu menunjukkan masih ada insan-insan yang prihatin terhadap kepahayan dan kesusahan orang lain terutamanya yang membawa anak-anak kecil. Biasanya mereka akan bangun memberi ruang tempat duduk mereka kepadaku yang masih kecil ketika itu. Terima kasih.
Sewaktu saya remaja pula, tentunya keprihatinan itu diamalkan. Apabila melihat ada ibu mengandung, orang kurang upaya, warga emas atau orang yang membawa anak kecil saya pula yang memberikan tempat duduk kepada insan-insan ini.
Sekarang apabila giliran saya membawa anak-anak menaiki LRT ada juga insan yang sudi memberi tempat duduk mereka untuk anak-anak saya duduk. Terima kasih kepada warga Malaysia yang masih lagi prihatin dan cakna mengenai orang lain. Terima kasih..... semoga anda yang baik hati itu mendapat hidayah Allah....Amin....
Thursday, 6 December 2012
Saturday, 1 December 2012
Adab Menziarahi Pesakit
Salam Ukhwah,
Setiap insan biasa pasti diuji dengan pelbagai dugaan. Antaranya ialah ujian kesakitan. Ada juga kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu bahawa Allah juga menguji utusanNya iaitu Nabi Ayyub a.s. Penyakit yang Allah takdirkan kepada kita itu adalah untuk sama ada menghapuskan dosa-dosa kita atau meningkatkan darjat kita jika kita bersabar dan berlapang dada dengan ujian yang Allah takdirkan itu.
Di sini saya ingin berkongsi adab-adab menziarahi peskit seperti mana yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Bahan ini saya petik dari majalah Solusi.
Adab-adab menziarahi pesakit :
Setiap insan biasa pasti diuji dengan pelbagai dugaan. Antaranya ialah ujian kesakitan. Ada juga kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu bahawa Allah juga menguji utusanNya iaitu Nabi Ayyub a.s. Penyakit yang Allah takdirkan kepada kita itu adalah untuk sama ada menghapuskan dosa-dosa kita atau meningkatkan darjat kita jika kita bersabar dan berlapang dada dengan ujian yang Allah takdirkan itu.
Di sini saya ingin berkongsi adab-adab menziarahi peskit seperti mana yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Bahan ini saya petik dari majalah Solusi.
Adab-adab menziarahi pesakit :
- Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah bagi mengeratkan silaturrahim.
- Memilih waktu yang sesuai. Nabi s.a.w biasanya menziarahi sahabat baginda yang sakit setelah tiga hari, menurut Anas r.a.
- Membaca doa berikut : "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik Arasy yang Agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu."
- Membawa buah tangan.
- Mengucapkan lafaz berikut : "Tiada apa-apa, mudah-mudahan menjadi pelebur dosa, InsyaAllah."
- Bermesra dengan pesakit dengan cerita-cerita yang dapat menyenangkannya dan ahli keluarga.
- Haram mengatakan sesuatu perkara yang boleh melukakan perasaan pesakit.
- Membantu meringankan masalah yang dihadapinya dengan sedaya upaya.
- Menjaga batas pergaulan sama ada terhadap pesakit yang berlainan jantina, ahli keluarganya atau orang yang berziarah.
- Meletakkan tangan pada orang yang sakit dan berdoa : "Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku dapat dan waspadai."
- Jika pesakit dalam keadaan nazak, maka kita hendaklah :
- Berbaik sangka dengan ketentuan Allah s.w.t.
- Mengajarnya mengucap kalimah la ilaha illallah atau sekurang-kurangya Allah.
- Memperbanyakkan istighfar bagi pesakit memohon supaya Allah mengampunkan dosanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)