Saturday, 1 December 2012

Adab Menziarahi Pesakit

Salam Ukhwah,

Setiap insan biasa pasti diuji dengan pelbagai dugaan. Antaranya ialah ujian kesakitan. Ada juga kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu bahawa Allah juga menguji utusanNya iaitu Nabi Ayyub a.s. Penyakit yang Allah takdirkan kepada kita itu adalah untuk sama ada menghapuskan dosa-dosa kita atau meningkatkan darjat kita jika kita bersabar dan berlapang dada dengan ujian yang Allah takdirkan itu.

Di sini saya ingin berkongsi adab-adab menziarahi peskit seperti mana yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w. Bahan ini saya petik dari majalah Solusi.

Adab-adab menziarahi pesakit :
  • Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah bagi mengeratkan silaturrahim.
  • Memilih waktu yang sesuai. Nabi s.a.w biasanya menziarahi sahabat baginda yang sakit setelah tiga hari, menurut Anas r.a.
  • Membaca doa berikut : "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik Arasy yang Agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu."
  • Membawa buah tangan.
  • Mengucapkan lafaz berikut : "Tiada apa-apa, mudah-mudahan menjadi pelebur dosa, InsyaAllah."
  • Bermesra dengan pesakit dengan cerita-cerita yang dapat menyenangkannya dan ahli keluarga.
  • Haram mengatakan sesuatu perkara yang boleh melukakan perasaan pesakit.
  • Membantu meringankan masalah yang dihadapinya dengan sedaya upaya.
  • Menjaga batas pergaulan sama ada terhadap pesakit yang berlainan jantina, ahli keluarganya atau orang yang berziarah.
  • Meletakkan tangan pada orang yang sakit dan berdoa : "Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku dapat dan waspadai."
  • Jika pesakit dalam keadaan nazak, maka kita hendaklah :
    • Berbaik sangka dengan ketentuan Allah s.w.t.
    • Mengajarnya mengucap kalimah la ilaha illallah atau sekurang-kurangya Allah.
    • Memperbanyakkan istighfar bagi pesakit memohon supaya Allah mengampunkan dosanya.
Allah yang mencipta penyakit dan Dia juga menyembuhkannya. Sama-samalah kita memohon kepada Allah apabila kita senang kita bersyukur dan apabila susah kita bersabar.....

No comments:

Post a Comment