Tuesday, 28 June 2011

Salah satu peristiwa semasa Israk Mikraj....

          Ingin saya berkongsi mengenai salah satu peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda naik ke langit ketujuh:
Baginda s.a.w naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim a.s bersabda kepada Nabi Muhammad s.a.w, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu da'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu dengan menyebut kalimah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

          Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

          Kalimah yang diajarkan kepada kita itu sangat mudah dibaca tetapi berapa ramai daripada kita yang mengamalkannya. Jadi, sempena masih ada kesempatan dan peluang sama-samalah kita mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment