Masa cuti sekolah baru-baru ni saya sekeluarga telah pulang ke ibukota Kuala Lumpur. Setelah beberapa hari di sana rasa mahu juga berjalan-jalan dan window shopping kat Sogo di Jalan TAR. Jadi pagi tu kami pun keluar ke Sogo. Ramai jugak orang sebab mungkin itu time sale di situ.
Kami pun keluarlah dari Sogo setelah hanya lima belas minit berada di situ. Kami mencari destinasi seterusnya untuk dikunjungi. Terlintas di fikiran saya untuk membawa isteri, anak-anak, adik-adik dan juga anak saudara ke Taman Tasik Perdana. Jalan kat KL masa tu OK saja. Tak terlalu sibuk. Sampai di Taman Tasik Perdana kami terus menuju ke Memorial Tun Abdul Razak. Masa kecil-kecil dulu abah dan Ayah Mat saya rajin juga membawa saya berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Perdana tapi rasanya tak sempat lagi nak menjenguk ke dalam Memorial tersebut.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Memorial tersebut. Masuk ke situ percuma. Walaupun percuma tapi tak ramai warga kita yang melawat tempat-tempat bersejarah seperti itu. Kami pun masuk ke dalam bahagian dewan pameran. Di bahagian bawah Memorial adalah tempat diletakkan gambar-gambar mengenai jasa-jasa Tun Abdul Razak selaku Bapa Pembangunan Malaysia. Ada juga dipamerkan Buku Hijau dan Buku Merah. Kat tingkat atas pulak boleh tengok Pejabat Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemas dan tersusun ruang pejabat tersebut. Lepas tu kami sempat melihat hadiah pemberian negara luar hasil kerjasama hubungan luar yang dijalankan oleh Tun.
Ok, lepas keluar dari dewan pameran kami pun ingat nak teruskan lawatan ke dewan pameran yang satu lagi. Yang depannya ada bot kecil tapi tak diteruskan sebab ”rakyat” saya yang kecil dah mengamuk. Mungkin sebab kelaparan. Kami pun makan tengahari kat kafeteria kat bahagian atas kedai cenderahati. Lepas makan terus bertenaga semula lalu anak-anak ajak melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur. Saya tak bawa anak ke situ sebaliknya meneruskan pengembaraan cuti sekolah ke Masjid Bukit Aman untuk solat Zohor.

Setelah solat Zohor kami ingat nak balik ke rumah tapi terus saja ke Planerium Nagara. Tempat letak kereta terletak di bahagian bawah dan terpaksa menelusuri tangga berbumbung untuk sampai ke puncak bukit di mana letaknya Planetrium Nagara. Nak masuk ke ruang pameran tu bayaran RM1.00 dikenakan untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak percuma. Baguslah macam tu. Tempat-tempat menarik dan banyak sumber ilmu pengetahuan tiada bayaran masuk untuk kanak-kanak rasanya berbaloi untuk dikunjungi. Anak-anak, adik serta anak saudara begitu teruja berada di situ. Paling diaorang suka ialah Anti Graviti. Anak saya yang sulung suka juga bermain mengunakan skrin interaktif yang disediakan. Pada pendapat saya pameran yang disediakan amat menarik minat terutama generasi muda untuk mendalami bidang astronomi. Kejayaan angkawsan sulung Malaysia juga disajikan untuk tatapan orang ramai. Keluar dari situ kami semua begitu teruja untuk kembali semula ke situ lain kali.
Destinasi berikutnya ialah taman rekreasi yang tertua dan tersohor terletak di Kuala Lumpur iaitu Taman Tasik Perdana. Jam 3.30 petang kami sampai di situ. Orang masih belum ramai. Taman permainanan kanak-kanak yang terdapat di taman rekreasi tersebut memang baik, seleasa dan luas. Anak-anak terhibur dapat menaiki buaian, memanjat dan menuruni gelongsor yang disediakan. Saya dan isteri membuat senaman menggunakan alat senaman di stesen senaman yang disediakan di taman tersebut. Keluar juga peluh. Berasa lebih segar dan sihat. Suasana bertambah meriah di situ. Dapat diperhatikan semua bangsa berkumpul di situ untuk menghilangkan tekanan hidup dan mendapatkan semula aura setelah penat bekerja di metropolitan Kuala Lumpur. Melihat kehijaun alam sungguh mendamaikan hati dan perasaan. MasyaAllah....detik hati saya melihatkan kehijauan pepohon yang tumbuh di situ.
Seterusnya, saya mengajak semua ahli lawatan tak dirancang itu untuk bersiar-siar di laluan berjogging Taman Tasik Perdana. Kami sempat masuk ke Taman Herba. Taman tersebut bagus tetapi rasanya pihak Jabatan Seni Taman DBKL dapat menyediakan papan tanda nama tumbuhan herba di situ. Ada beberapa tumbuhan herba yang sudah mempunyai tanda nama tetapi masih banyak yang tidak. Sempat juga kami mengajar warga kecil kami nama-nama tumbuhan yang terdapat di situ seperti pokok belimbing, pokok kedondong, misai kucing, mas cotek dan sebagainya. Subhanallah, tumbuhan herba di Taman Herba itu mengelurkan aroma yang sedap dihidu. Tambah mengasyikkan ialah kicauan burung-burung dan angin sepoi-sepoi bahasa yang hinggap di kulit kami.
Akhir sekali, kami sempat menaiki ”joy ride” yang disediakan oleh pihak Taman Tasik Perdana dengan caj RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Kami dibawa mengelilingi Taman Tasik Perdana yang mana terdapat lagi sebilangan taman kecil seperti Taman Rusa dan Kancil, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Bunga Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur. Hari menginjak ke larut petang, kami pulang semula ke Gombak lebih kurang jam 6.00 petang. Hari tersebut kami semua gembira kerana dapat berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Perdana yang selama ini kami belum pernah menjengahnya.

Akhir kata, kalau ada masa terluang untuk warga Kuala Lumpur dan warga di luar Kuala Lumpur yang mahu membuat lawatan bolehlah mengunjungi Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Di samping berehat, berekreasi kita juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik dan bermaklumat di sekitar Taman Tasik Perdana seperti Tugu Negara, Planaterium Negara, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis dan juga Muzium Negara. Bagi yang mahu menunaikan solat bolehlah ke masjid yang berdekatan iaitu Masjid Bukit Aman atau pun Masjid Negara.
No comments:
Post a Comment