Saturday, 26 November 2011
Rezeki Musim Bah
Rezeki musim banjir....
Ikan keli, puyu, merah pipi dan bujuk yang tersangkut di pukat....
Ikan-ikan ini sedap digoreng garing atau dimasak gulai kuning.....
XPDC Jejak Hidayah Remaja 2011
Salam.....
Buat julung kalinya XPDC Jejak Hidayah Remaja 2011 telah dianjurkan. Ia berlangsung dari 17 November hingga 19 Disember 2011.
Ahli-ahli XPDC terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari SMKA Wataniah, SMKA Nurul Ittifaq, SMK Tengku Mahmud dan SMK Seri Nering. XPDC ini diketuai oleh Tuan Haji Zaharani Bin Omar yang merupakan guru di SMKA Wataniah.
Antara tempat yang dilawati ialah London, Turki, Syria, Jordan dan Mesir.
Laporan XPDC boleh didengari melalui Radio Terengganu FM setiap hari jam 5.00 petang.
Kami mendoakan agar perjalanan XPDC ini berjalan lancar.....

Banjir di Alor Keladi
23 November 2011
Hujan yang turun tanpa henti seperti yang diramalkan telah menyebabkan hampir setiap daerah di Terengganu telah mengalami banjir. Daerah Besut terutama di Alor Keladi telah mengalami banjir.
Jam 8.00 malam ketika hujan renyai-renyai penduduk-penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir telah berpindah ke tempat yang lebih selamat. Pihak sekolah telah menyediakan pusat pemindahan banjir di Blok A di tingkat dua.
Bilik Gerakan Banjir Daerah dan JKKK Alor Keladi telah dihubungi untuk memaklumkan perkara tersebut. Pada jam 10.05 malam bilangan mangsa yang berpindah semuanya berjumlah 70 orang. Mereka terdiri daripada 14 keluarga.
24 November 2011
Jumlah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir meningkat ke 77 orang.
Laluan dari Jerteh ke Kampung Alor Keladi telah dinaiki air kira-kira setinggi paras lutut.
Ketua pengawas serta dua orang pengawas peperiksaan SPM subjek Sains dan Fizik telah melalui jalan Darau untuk sampai ke SMKA Wataniah. Cabarannya mengawas peperiksaan tatkala banjir berlaku. Kereta Ketua Pengawas hampir-hampir "kelemasan" kerana mengharungi banjir.
Ada pengawas peperiksaan lain yang terpaksa menaiki pacuan roda 4x4 ataupun lori 3 tan Majlis Daerah Besut.
Peperiksaan berjalan seperti biasa pada hari tersebut berjalan lancar. Alhamdulillah.
Rezeki musim banjir..... Sewaktu keluar bersama anak-anak bermain air ada penduduk kampung yang menghadiahkan kami dengan ikan air tawar dari spesies puyu, merah pipi dan bujuk. Terima kasih diucapkan. Semoga Allah merahmati.
Balik saja rumah terus menyiang ikan-ikan tersebut. Isteri pun menggoreng garing ikan puyu serta memasak lemak kuning ikan merah pipi dan bujuk. Sedap.....

Tuesday, 15 November 2011
Selamat menempuhi peperiksaan SPM 2011 buat anak-anak muridku
Assalammualaikum,
Selamat menempuhi peperiksaan SPM khususnya untuk anak-anak pelajar di SMKAWA dan semua pelajar yang menduduki SPM 2011 di seluruh negara.
Saya begitu yakin bahawa apa sahaja ilmu yang telah disampaikan oleh guru benar-benar telah dihadam dan dicerna oleh anak-anak pelajar sekalian.
Mulakan menjawab soalan peperksaan dengan membaca Bismillah dan doa.
Perkara-perkara yang melibatkan peraturan-peraturan peperiksaan juga kena dipatuhi seperti:
- membawa kad pengenalan
- alat-alat tulis yang mencukupi
- tidak membawa masuk nota-nota
- tidak meniru dan memberi peluang meniru
- pergi ke tandas dengan meminta izin dari pengawas peperiksaan
- serta banyak lagi peraturan yang sepatutnya dipatuhi seperti diterangkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan
Semoga anak-anak pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Doa saya kepada Allah semoga anak-anak dapat menjawab dengan baik dan seterusnya diberikan kejayaan yang cemerlang.
Jika ada soalan yang sukar dijawab, BERSELAWATLAH ke atas Nabi s.a.w
Peperiksaan adalah ibarat peperangan dan prinsip peperangan adalah mendapatkan kemenangan dan kejayaan...
"Ya Allah, anugerahkan kepada anak-anak muridku ilham yang bermanfaat untuk menjawab peperiksaan. Mudahkan urusan mereka semasa menduduki peperiksaan dan kurniakanlah mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Amin."
Wednesday, 5 October 2011
Bacaan Al-Quran Sebelum Memulakan Kelas....
Alhamdulillah, program membaca Al-Quran sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan seperti biasa di sekolah-sekolah negeri Terengganu.
Semoga kita semua dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran dalam kehidupan seharian. Al-Quran adalah panduan hidup umat Islam....
Semoga kita semua dapat menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran dalam kehidupan seharian. Al-Quran adalah panduan hidup umat Islam....
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w,
”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air",
Seorang sahabat bertanya,
“Bagaimana menghapuskan karat tersebut?"
Jawab Nabi s.a.w.,
"Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran".
Tuesday, 4 October 2011
Raja buah dari kebun.....
Science Form 2 : Chapter 9 : Stability.....
Thursday, 29 September 2011
PMR 2011
Salam......
Selamat menduduki peperiksaan PMR untuk semua calon PMR SMKA Wataniah, Alor Keladi.....tak lupa juga buat adikku.....
Semoga Allah mudahkan urusan anda semua dan memberikan anda kejayaan yang cemerlang..... Amin...
Seminar Teknik Pengajaran Inovatif dan Efektif Ke Arah Kecemerlangan Murid untuk Guru-guru Sains
Salam.....
Pada 27 September 2011 lepas, saya telah berpeluang untuk mengikuti seminar yang dianjurkan oleh JPN Terengganu dengan Pearson Sdn. Bhd.
Seminar ini dikendalikan oleh Cikgu Che Ahamad Bin Daud (Sir Mat) yang didatangkan khas dari SMV Kulim, Kedah.
Beliau menggunakan pendekatan yang kreatif dengan menggunakan klip-klip video untuk mengajar. Ini telah membolehkannya memberikan perkongsian ilmu hingga ke luar negara seperti Indonesia dan Korea Selatan.....
Aktiviti kemahiran belajar
- Dapatkan 4 jam sehari
- Kerja sekolah/ tugasan serta merta
- Ulangkaji pelajaran harian dalam masa 12 jam
- Persiapan esok/ baca dulu
- Latihan tambahan sendiri (10 soalan sehari)
- Peperiksaan mingguan
2. Guna otak kiri dan otak kanan
- Otak kiri - Sains, sistematik, logik
- Otak kanan - Kreatif, inovatif, idealis (suka pada cikgu.....suka pada subjek)
Sentiasa mahu menjadi orang yang berjaya
Wednesday, 28 September 2011
Tuesday, 20 September 2011
Sunday, 18 September 2011
Tuesday, 13 September 2011
Peperiksaan
Sekarang ni murid tingkatan empat dan lima sedang menghadapi peperiksaan. Bahang peperiksaan terasa sekarang ni. Masing-masing sibuk dengan agenda belajar samada sendiri ataupun berkumpulan. Segala apa yang dipelajari semasa di dalam kelas cuba diluahkan dan diaplikasikan dalam dewan dan bilik peperiksaan.
Gelagat tu macam-macam. Ibarat kata orang dalam iklan Astro...."Macam-macam ada". Ada yang steady je menulis atau mengira tapi jawapan yang diberi tu tak taulah macamana pula tapi aku yakin pelajar-pelajar sekolah aku ni hebat dan bijak belaka. Tak kurang pula yang dah tersengguk-sengguk....Mungkin sebab banyak sangat study sampai lewat malam. Janganlah macam tu sepatutnya. dalam tempat peperiksaan mana boleh tidur.... Ada juga yang kadang-kadang membetulkan urat....Lenguh duduk lama-lama....Pusing-pusing tengkuk....Panjang tengkuk.....Jeling-jeling kawan....
Apapun wahai murid-muridku sekelian....Cikgu benar-benar barharap agar kalian semua dipermudahkan urusan menjawab soalan-soalan peperiksaan. Cikgu sentiasa mendoakan agar Allah memberikan kejayaan cemerlang buat anda semua..... Jadikanlah keadaan cuaca yang panas sekarang ini sebagai pemangkin untuk anda terus meneruskan semangat membara berjuang mendapatkan kejayaan yang cemerlang dan terbilang.
Terima kasih buat bekas anak-anak didik 5 IBS 2010 yang membuat jamuan kesyukuran di dewan makan aspuri jam 10.00 pagi tadi. Semoga kalian meneruskan kesungguhan kalian sewaktu menuntut di universiti nanti....
Monday, 29 August 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua yang merayakannya tak kira di mana berada.
Semoga segala ibadah yang kita kerjakan di bulan Ramadhan ini diterima Allah s.w.t.
Sama-samalah kita berdoa agar amalan seperti mendirikan solat sunat (solat sunat Dhuha dan Tahajjud), bersedekah, bangun pada awal pagi dan rajin bertadarrus diteruskan pula pada 11 bulan yang lain dan tidak hanya terbatas di dalam bulan puasa sahaja. InsyaAllah.
Maaf zahir dan batin dipinta jika ada saya melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati baik dari segi tutur kata mahupun perbuatan. Yalah, mana ada manusia yang tidak membuat kesalahan dan kesilapan. Kita bukannya maksum seperti Nabi Muhammaad s.a.w.
Sebenarnya hidup kita ini ibarat suatu peperangan. Prinsip peperangan ialah untuk mendapat kemenangan. Sesungguhnya peperangan ini bukanlah mudah kerana sentiasa ada dua musuh yang utama. Musuh paling besar yang berada di dalam diri kita ialah HAWA NAFSU dan SYAITAN. Nafsu yang berada di dalam diri kita dapat dijinakkan sekiranya kita mengamalkan apa yang Allah s.w.t kehendaki dan meninggalkan apa yang Allah s.w.t tidak sukai. Dalam erti kata yang lain kita ikutlah apa yang Allah perintahkan untuk kita buat dan lakukan berpandukan Al-Quran. Seterusnya kita ikutlah apa yang Nabi ajarkan iaitu Sunnah Nabi s.a.w. Insyaallah selamatlah kita dari hambatan hawa nafsu yang menggila.
Seterusnya, bagi melawan agenda syaitan yang mana kerja-kerja mereka sangat profesional, tidak kenal erti jemu dan bekerja secara berjemaah bagi menyesatkan manusia kita perlulah berdoa untuk berlindung dengan Allah daripada syaitan dan semoga mereka menjauhi kita. Syaitan ini sangat licik dan paling berbahaya kerana mereka terlalu ramai dan kita tidak dapat melihat mereka......
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
Surah Al-Mu'minun ayat 97 dan 98.
Akhir kata, sambutlah salam lebaran dari saya, isteri dan anak-anak. Berhati-hati di jalanraya dan jangan lupa menunaikan zakat fitrah.
29 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 29 Ogos 2011.
Tuesday, 26 July 2011
Selamat berpuasa......
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat Islam tak kira di mana berada....Bulan Ramadhan adalah bulan Rahmat, Bulan Keampunan dan pahala yang dikurniakan akan berlipat kali ganda.
Jika ada kesalahan yang saya lakukan kepada sesiapa sahaja harap dimaafkan. Semoga Bulan ini memberi keinsafan kepada kita semua. Jaga ibadah puasa kita sebaik mungkin. Elakkan berkata benda yang tidak elok. Lebih baik diam daripada bercakap yang tidak molek.
Pada waktu malam sama-samalah kita mengerjakan solat sunat terawikh. Jangan lupa yer untuk berniat sebelum kita berpuasa. Boleh berniat untuk berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan pada malam hari sebelum berpuasa. Sunat kita mengakhirkan bersahur dan segerakan berbuka apabila masuk sahaja waktu Maghrib. Sunat berbuka dengan memakan buah kurma.
Jaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari.

Dariku di Alor Keladi.....
Kampung Alor Keladi terletak di dalam DUN Hulu Besut dalam daerah Besut. Ia terletak empat kilometer dari Bandar Jerteh. Kampung ini terletak di Jalan Pasir Akar yang menghubungkan antara Bandar Jerteh dengan kawasan peranginan yang popular iaitu Kolam Air Panas La (La Hotspring) dan juga Lata Tembakah.
Kawasan Alor Keladi merupakan pusat penanaman padi. Ia terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Terengganu dengan Negeri Kelantan. Suasana kampung di sini masih lagi terasa. Penduduk-penduduk kampung di sini sangat mesra dan peramah.
Di kampung Alor Keladi inilah bermulanya sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah. Dahulunya ia merupakan sebuah pondok untuk pengajian agama Islam. Sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar cemerlang. Semoga Allah terus melimpahkan hidayah, petunjuk, kemurahan rezeki serta rahmatNya kepada semua penduduk Kampung Alor Keladi.
Surah Al-Qadr
Surah ke-97
Diturunkan di Mekah – 5 Ayat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
- Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1844)
- Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
- Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (1845)
- Pada Malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
- Sejahteralah Malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar
- (1844) Lailatul-Qadar ialah Malam Kebesaran dan Kemuliaan.
- (1845) Amal ibadat yang dikerjakan pada Malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. Oleh sebab itu ada disebutkan di dalam hadith sahih, bahawa Rasulullah s.a.w biasanya mulai dari malam 21 Ramadhan Baginda membanyakkan ibadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dengan Malam Lailatul-Qadar yang berkat itu yang berlakunya pada salah satu malam dari sepuluh atau sembilan malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
Dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Sama-samalah kita melipat gandakan ibadah kita di dalam bulan Ramadhan ini.
Sama-samalah kita melipat gandakan ibadah kita di dalam bulan Ramadhan ini.
Telefon bimbit oh telefon bimbit
Telefon bimbit merupakan salah satu elemen penting dalam era serba moden kini. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kita. Jika dulu semasa saya masih bersekolah menengah di awal era 90-an, telefon awam yang menggunakan duit syiling menjadi wadah perhubungan di antara saya dengan keluarga.
Zaman sekarang sudah lebih maju, remaja yang masih bersekolah kebanyakannya sudah memiliki telefon bimbit. Kadang-kadang telefon mereka lebih canggih daripada telefon bimbit guru-guru. Ia adalah suatu yang bukan lagi kehendak tetapi bersifat keperluan.
Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia banyak dituruti oleh pelajar tetapi sebilangan kecil pelajar sahaja yang tidak menurutinya. Membawa telefon bimbit ke sekolah adalah satu kesalahan. Telefon bimbit yang dibawa ke sekolah boleh dirampas dan pelajar mesti membawa ibubapa atau penjaga untuk menuntut kembali telefon tersebut. Jika satu telefon bimbit dirampas daripada pelajar mungkin ia boleh dianggap kesalahan kecil tetapi jika sampai tiga telefon bimbit sudah jadi kesalahan berat.
Pelajar yang mengingkari larangan ini ada yang memang betul-betul menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibubapa atau penjaga mereka tetapi ada segelintir lagi yang membawa telefon ke sekolah atau asrama untuk berhubung dengan teman berlainan jantina. Tujuannya ialah untu merencanakan aktiviti tidak berfaedah mereka seperti keluar berdating.
Terdapat juga pelajar yang bertukar-tukar telefon dengan pasangan mereka. Wallpaper telefon bimbit mereka ini biasanya terpampang wajah ”kekasih” mereka. Ada juga pelajar yang asyik dengan berchatting dalam ”koloni” mereka. Mungkin ini salah satu punca mengapa pelajar kurang cemerlang dalam pelajaran. Apa tidaknya masa yang ada untuk mentelaah dan mengulangkaji pelajaran mereka giat bermesej.
Akhir sekali, saya menyeru kepada ibubapa atau penjaga pelajar supaya memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka. Periksa kandungan telefon bimbit anak-anak secara berkala. Jika anak-anak terlalu payah untuk telefon bimbit mereka diperiksa mungkin ada sesuatu yang tidak elok.
Fenomena masa kini mendapati ada telefon bimbit yang dijual kepada pelajar-pelajar sekolah yang sudah dimuat turun dengan gambar-gambar atau video-video klip lucah oleh penjual telefon bimbit. Bagi si penjual itu adalah salah satu tarikan untuk melariskan perniagaan mereka tetapi ketahuilah bahawa rezeki yang didapati itu tidak berkat. Bagi pelajar-pelajar yang membeli dan kadang-kadang berkongsi melihat aksi-aksi tersebut pula mungkin terpengaruh dan melakukan perkara yang dilarang Allah.
Tuesday, 28 June 2011
Salah satu peristiwa semasa Israk Mikraj....
Ingin saya berkongsi mengenai salah satu peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda naik ke langit ketujuh:
Baginda s.a.w naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim a.s bersabda kepada Nabi Muhammad s.a.w, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu da'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu dengan menyebut kalimah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Kalimah yang diajarkan kepada kita itu sangat mudah dibaca tetapi berapa ramai daripada kita yang mengamalkannya. Jadi, sempena masih ada kesempatan dan peluang sama-samalah kita mengamalkannya.
Tahniah Nurussyahamah kerana mewakili Malaysia ke tilawah Al-Quran di Qatar
Tahniah saya ucapkan kepada Syahamah yang meupakan anak pasangan guru iaitu Puan Sauzan Ibrahim dan Ustaz Najmi. Berikut adalah petikan berita dari akhbar Utusan Malaysia 28 Jun 2011. Saya doakan semoga Syahamah menjadi johan dalam pertandingan akhir tersebut yang akan berlangsung semasa Bulan Ramadan nanti.
BESUT 27 Jun - Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini.
Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan di peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.
Beliau berkata, anaknya akan ke Doha lagi Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana.
Nurussyahamah Taqiah merupakan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh, ditemani bapanya, yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut, untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera.
Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu merupakan satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini melibatkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Malaysia.
Sebelum berjaya ke Doha, Nurussyahamah Taqiah menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara, dan terpilih antara tiga yang berjaya melepasi ujian berkenaan.
Beliau menjalani sekali lagi ujian dalam bulan April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.
Sebagai persediaan ke peringkat akhir itu nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Alor Keladi, membawa anaknya itu berguru dengan johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999 Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan.
Nurussyahamah Taqiah pernah menjadi johan membaca al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib johan. - BERNAMA
Nurussyahamah wakili Malaysia ke tilawah di Qatar

Sunday, 12 June 2011
Taman Botani Perdana, Jalan Kebun Bunga, Kuala Lumpur
Masa cuti sekolah baru-baru ni saya sekeluarga telah pulang ke ibukota Kuala Lumpur. Setelah beberapa hari di sana rasa mahu juga berjalan-jalan dan window shopping kat Sogo di Jalan TAR. Jadi pagi tu kami pun keluar ke Sogo. Ramai jugak orang sebab mungkin itu time sale di situ.
Kami pun keluarlah dari Sogo setelah hanya lima belas minit berada di situ. Kami mencari destinasi seterusnya untuk dikunjungi. Terlintas di fikiran saya untuk membawa isteri, anak-anak, adik-adik dan juga anak saudara ke Taman Tasik Perdana. Jalan kat KL masa tu OK saja. Tak terlalu sibuk. Sampai di Taman Tasik Perdana kami terus menuju ke Memorial Tun Abdul Razak. Masa kecil-kecil dulu abah dan Ayah Mat saya rajin juga membawa saya berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Perdana tapi rasanya tak sempat lagi nak menjenguk ke dalam Memorial tersebut.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Memorial tersebut. Masuk ke situ percuma. Walaupun percuma tapi tak ramai warga kita yang melawat tempat-tempat bersejarah seperti itu. Kami pun masuk ke dalam bahagian dewan pameran. Di bahagian bawah Memorial adalah tempat diletakkan gambar-gambar mengenai jasa-jasa Tun Abdul Razak selaku Bapa Pembangunan Malaysia. Ada juga dipamerkan Buku Hijau dan Buku Merah. Kat tingkat atas pulak boleh tengok Pejabat Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemas dan tersusun ruang pejabat tersebut. Lepas tu kami sempat melihat hadiah pemberian negara luar hasil kerjasama hubungan luar yang dijalankan oleh Tun.
Ok, lepas keluar dari dewan pameran kami pun ingat nak teruskan lawatan ke dewan pameran yang satu lagi. Yang depannya ada bot kecil tapi tak diteruskan sebab ”rakyat” saya yang kecil dah mengamuk. Mungkin sebab kelaparan. Kami pun makan tengahari kat kafeteria kat bahagian atas kedai cenderahati. Lepas makan terus bertenaga semula lalu anak-anak ajak melawat ke Taman Burung Kuala Lumpur. Saya tak bawa anak ke situ sebaliknya meneruskan pengembaraan cuti sekolah ke Masjid Bukit Aman untuk solat Zohor.

Setelah solat Zohor kami ingat nak balik ke rumah tapi terus saja ke Planerium Nagara. Tempat letak kereta terletak di bahagian bawah dan terpaksa menelusuri tangga berbumbung untuk sampai ke puncak bukit di mana letaknya Planetrium Nagara. Nak masuk ke ruang pameran tu bayaran RM1.00 dikenakan untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak percuma. Baguslah macam tu. Tempat-tempat menarik dan banyak sumber ilmu pengetahuan tiada bayaran masuk untuk kanak-kanak rasanya berbaloi untuk dikunjungi. Anak-anak, adik serta anak saudara begitu teruja berada di situ. Paling diaorang suka ialah Anti Graviti. Anak saya yang sulung suka juga bermain mengunakan skrin interaktif yang disediakan. Pada pendapat saya pameran yang disediakan amat menarik minat terutama generasi muda untuk mendalami bidang astronomi. Kejayaan angkawsan sulung Malaysia juga disajikan untuk tatapan orang ramai. Keluar dari situ kami semua begitu teruja untuk kembali semula ke situ lain kali.
Destinasi berikutnya ialah taman rekreasi yang tertua dan tersohor terletak di Kuala Lumpur iaitu Taman Tasik Perdana. Jam 3.30 petang kami sampai di situ. Orang masih belum ramai. Taman permainanan kanak-kanak yang terdapat di taman rekreasi tersebut memang baik, seleasa dan luas. Anak-anak terhibur dapat menaiki buaian, memanjat dan menuruni gelongsor yang disediakan. Saya dan isteri membuat senaman menggunakan alat senaman di stesen senaman yang disediakan di taman tersebut. Keluar juga peluh. Berasa lebih segar dan sihat. Suasana bertambah meriah di situ. Dapat diperhatikan semua bangsa berkumpul di situ untuk menghilangkan tekanan hidup dan mendapatkan semula aura setelah penat bekerja di metropolitan Kuala Lumpur. Melihat kehijaun alam sungguh mendamaikan hati dan perasaan. MasyaAllah....detik hati saya melihatkan kehijauan pepohon yang tumbuh di situ.
Seterusnya, saya mengajak semua ahli lawatan tak dirancang itu untuk bersiar-siar di laluan berjogging Taman Tasik Perdana. Kami sempat masuk ke Taman Herba. Taman tersebut bagus tetapi rasanya pihak Jabatan Seni Taman DBKL dapat menyediakan papan tanda nama tumbuhan herba di situ. Ada beberapa tumbuhan herba yang sudah mempunyai tanda nama tetapi masih banyak yang tidak. Sempat juga kami mengajar warga kecil kami nama-nama tumbuhan yang terdapat di situ seperti pokok belimbing, pokok kedondong, misai kucing, mas cotek dan sebagainya. Subhanallah, tumbuhan herba di Taman Herba itu mengelurkan aroma yang sedap dihidu. Tambah mengasyikkan ialah kicauan burung-burung dan angin sepoi-sepoi bahasa yang hinggap di kulit kami.
Akhir sekali, kami sempat menaiki ”joy ride” yang disediakan oleh pihak Taman Tasik Perdana dengan caj RM1.00 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Kami dibawa mengelilingi Taman Tasik Perdana yang mana terdapat lagi sebilangan taman kecil seperti Taman Rusa dan Kancil, Taman Rama-rama, Taman Orkid, Taman Bunga Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur. Hari menginjak ke larut petang, kami pulang semula ke Gombak lebih kurang jam 6.00 petang. Hari tersebut kami semua gembira kerana dapat berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Perdana yang selama ini kami belum pernah menjengahnya.

Akhir kata, kalau ada masa terluang untuk warga Kuala Lumpur dan warga di luar Kuala Lumpur yang mahu membuat lawatan bolehlah mengunjungi Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Di samping berehat, berekreasi kita juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik dan bermaklumat di sekitar Taman Tasik Perdana seperti Tugu Negara, Planaterium Negara, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis dan juga Muzium Negara. Bagi yang mahu menunaikan solat bolehlah ke masjid yang berdekatan iaitu Masjid Bukit Aman atau pun Masjid Negara.
Saturday, 14 May 2011
Selamat Hari Guru Ke-40
Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Guru merupakan insan yang mendidik kita samada secara formal atau tidak formal.
Semasa kita kecil dahulu ibubapa atau orang yang lebih dewasa merupakan guru kita. Kita memperoleh pengetahuan secara tidak formal melalui institusi nukleus iaitu semasa di rumah kita sendiri. Di sini wajarlah ibubapa menunjukkan qudwah hasanah atau contoh yang baik kepada anak-anak kita. Ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan kita samada sebagai seorang Muslim yang sejati atau sebagai Yahudi atau Nasrani. Betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul dan kita mestilah memberikan pendidikan yang berteraskan tauhid semasa anak-anak kita berumur selepas kelahiran hingga tujuh tahun.
Dalam peringkat umur tujuh tahun seterusnya kita haruslah mendidik anak-anak dengan peraturan yang tertentu. Seperti contoh, seawal umur tujuh tahun anak-anak kita perlu diajak bersembahyang bersama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak mesti diajak untuk bersembahyang dengan cara yang baik. Sekiranya sudah sampai kepada umur sepuluh tahun anak-anak kita masih liat nak bersembahyang maka kita bolehlah mengambil pendekatan merotan untuk mendidik. Jangan tunggu sampai mereka dah terlalu "tua" untuk bersembahyang. Guru adalah pendidik yang mesti tegas dalam melaksanakan amanah Allah.
Peringkat tujuh tahun seterusnya anak-anak harus dianggap sebagai rakan. Kita boleh mendengar cerita dan luahan hati mereka. Segala masalah yang dihadapi mereka mungkin boleh dibantu oleh guru-guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengatasinya. Guru adalah pemudahcara apabila murid-murid menghadapi masalah yang mendatang.
Di sekolah guru adalah insan yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu secara formal. Kadang-kadang secara tidak formal pun ada juga seperti memberikan nilai-nilai yang baik seperti menepati masa dan ketinggian peribadi.
Baiklah, sempena Hari Guru Ke-40 ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah banyak mencurahkan bakti mereka mendidik saya. Sesungguhnya budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Doaku semoga semua guru-guruku diberkati, dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Buat guru-guru yang telah pergi menemui Khalik, doaku semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh anda sekelian dan semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.

Wednesday, 11 May 2011
Sayangnya rambut.....
Tahniah dan syabas semua guru yang sama-sama membantuku menjalankan tugas yang diamanahkan...
Semoga murid-muridku berjaya mengekalkan disiplin mereka selama berada di institusi pengajian yang disayangi ini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)